40℅ hasil Sabah: Mesyuarat Kedua Persekutuan-Sabah bakal diadakan

KERAJAAN Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah dijangka mengadakan mesyuarat kedua bulan ini bagi membincangkan penyaluran 40 peratus hasil Persekutuan kepada Sabah, susulan perbincangan awal yang berlangsung pada November lalu.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, mesyuarat itu akan melibatkan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Datuk Johan Mahmood Merican dan Ketua Setiausaha Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong, susulan tamatnya tempoh 90 hari pertama selepas keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berkuat kuasa hari ini.

Beliau berkata, Jemaah Menteri telah membincangkan status pelaksanaan isu berkenaan dan mengesahkan bahawa proses awal telah dimulakan dalam tempoh yang ditetapkan.

“Jabatan Perdana Menteri telah diingatkan bahawa dalam tempoh 90 hari yang pertama proses itu mesti dimulakan dan akhirnya dalam tempoh 180 hari pembayaran mekanisme dan beberapa perincian lain itu mesti dimuktamadkan dan dipersetujui antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.

“Jadi tempoh masih ada lagi 90 hari lagi,” katanya pada sidang media mingguan di Putrajaya, hari ini.

Fahmi berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapa Sakmud akan mengeluarkan kenyataan penuh berhubung perkembangan lanjut isu berkenaan.

Tambahnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal berpegang kepada komitmen untuk melunaskan perjanjian yang dimeterai pemimpin terdahulu negara termasuk peruntukan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) berkaitan hak Sabah menerima 40 peratus hasil negeri.

Related Posts

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

KRIAN – Penduduk luar bandar di kawasan Nanga Atoi, Awik kini boleh menarik nafas lega apabila bakal menikmati kemudahan perubatan yang lebih baik susulan siapnya projek pembinaan Klinik Kesihatan Nanga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

LIMBANG – Pengguna jalan raya yang melalui Jalan RPR Batu Biah (RAP 62N) dimaklumkan akan berlaku lencongan jalan sementara bermula 2 hingga 4 Mei ini. Menurut notis yang dikeluarkan, penutupan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China