22 pegawai polis terbabit jenayah komersial, KPN label sebagai tak bermaruah

KUALA LUMPUR – Seramai 22 pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbabit sebagai suspek dalam kes jenayah komersial tahun lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, lebih membimbangkan, jumlah pembabitan pegawai PDRM dalam kes jenayah komersial, meningkat kepada 23 orang sepanjang Januari hingga September ini.

“Acap kali saya menekankan tentang perlunya satu perubahan drastik dilakukan terhadap budaya kerja dan tahap integriti di dalam diri setiap warga PDRM, agar pasukan kekal relevan dan dihormati oleh masyarakat.

“Namun, walaupun berulang kali sudah diberikan ingatan dan amaran, tahap integriti serta pematuhan standard warga pasukan masih berada di tahap membimbangkan,” katanya ketika menyampaikan amanat Ketua Polis Negara (KPN) sempena perhimpunan bulanan, lapor Harian Metro pada Jumaat.

Razarudin berkata, kewibawaan dan imej PDRM tercalar dengan penangkapan yang dilakukan terhadap segelintir warga PDRM atas pelbagai kesalahan jenayah, dadah, rasuah serta salah guna kuasa.

“Saya amat kecewa dan terkilan apabila amanah di sebalik seragam biru yang kita banggakan ini, sudah disalah guna oleh mereka yang rasanya tidak keterlaluan, jika saya ibaratkan sebagai manusia yang tidak bermaruah dan mementingkan diri sendiri.

“Integriti adalah teras dalam pembentukan dan pemantapan jati diri kita.

“Justeru, sempena dengan Pelancaran Sambutan Bulan Integriti Nasional 2024 bertemakan ‘Teguh Integriti, Kukuh Pertiwi’, PDRM menyambut baik segala usaha murni kerajaan dalam memperkasakan pembudayaan integriti,” katanya.

Related Posts

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyelaras semula dasar ekonomi bagi mengurus peningkatan kos, di samping memastikan bekalan dan keperluan asas rakyat kekal mencukupi dalam menghadapi krisis bekalan global. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James