
KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Jenayah Norkotik (JSJN) mendedahkan seramai 72 rakyat Malaysia ditahan di luar negara kerana disyaki terlibat dalam kesalahan berkaitan dadah bagi tempoh Januari hingga 15 Oktober 2026.
Pengarahnya, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dadah berkenaan melibatkan rampasan keseluruhan kira-kira 1,704 kilogram bernilai RM81.76 juta.
Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius dan perkembangan ini mencerminkan ancaman jenayah dadah rentas sempadan yang semakin kompleks dan menjejaskan imej serta reputasi negara di peringkat antarabangsa.
“Antara negara dan wilayah yang merekodkan tangkapan iaitu Thailand (19 orang), Indonesia (16), Taiwan (8), Singapura (8), Jepun (5) Filipina (4), India (3), Hongkong (3), Macau (2).
“Manakala Korea Selatan, Nigeria, Maldives dan Sri Langka Masing-masing seorang,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Menurut Hussein, sindiket antarabangsa kemungkinan mempergunakan warganegara Malaysia sebagai pembawa atau penghantar dadah melalu pelbagai kaedah.
“Seperti, tawaran pekerjaan, imbuhan lumayan, pembiayaan perjalan serta penghantaran barangan bagi pihak ketiga,” ujarnya.
Jelasnya, taktik sedemikian berpotensi menperdaya individu yang kurang menyedari risiko dan implikasi perundangan sekali gus mendedahkan mereka kepada tindakan undang-undang yang berat di negata berkenaan.
“JSJN menegaskan bahawa masyarakat khususnya golongan belia, pelajar dan individu yang bakal ke luar negara hendaklah menolak tawaran pekerjaan, perjalanan percuma atau imbuhan lumayan yang mencurigakan.
“Orang ramai juga dilarang membawa, menjaga atau menyerahkan barangan milik pihak lain tanpa mengetahui kandungan dan tujuan sebenar, jangan mudah terpedaya silindiket boleh memperalatkan sesiapa sahaja sebagai keldai dadai,” katanya.
Tambahnya, PDRM menegasakan bahawa tiada komptomi terhadap kegiatan pengedaran dan penyeludupan dadah.
“Masyarakat turut diingatkan agar tidak mudah diperalatkan oleh sindiket demi keuntungan sementara yang boleh mengundang hukuman berat, mengancam masa depan dan mencemarkan imej negara,” ujarnya.
Antara kes dadah yang mendapat perhatuan iiaitu penahanan penahanan lima rakyat Malaysia di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo kerana disyaki cuba seludup kira-kira 5 kilogram kokaun bernilai Rm3.1 juta pada bulan ini.



