
KUALA LUMPUR – Bagi mengenang jasa penjawat awam, kerajaan bersetuju menyalurkan bantuan khas kewangan RM1,500 kepada 1.3 juta penjawat awam gred utama B dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan khas kewangan sebanyak RM750 turut diberikan kepada lebih sejuta pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen.
Menurut beliau, pembayaran bantuan khas kewangan ini akan dibuat sebanyak dua kali iaitu sebelum Aidilfitri dan sempena ulang tahun kemerdekaan ke-70 negara.
“Kadar pencen terendah akan dinaikkan daripada 1,000 kepada 1,350 ringgit sebulan. Ini memanfaat hampir 59 ribu pesara, veteran ATM dan penerima pencen terbitan.
“Penghargaan setulusnya kepada 1.6 juta penjawat awam, atas jasa bakti dalam melunas amanah Berkhidmat Untuk Negara. Mereka penggerak tekad MADANI untuk mengangkat martabat, darjat dan harakat negara ini ke mercu jaya.
“Sukacita dimaklumkan peruntukan bagi membina dan menyelenggara kuarters termasuk polis, doktor, tentera, guru dan bomba ditingkatkan kepada RM2.3 bilion,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, pada Jumaat.


