10 lori tangki air digerakkan bantu penduduk Kabong, Roban

KABONG – Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB) menggerakkan sebanyak 10 lori tangki bagi menghantar bekalan air kepada penduduk yang terjejas akibat keadaan musim kemarau dan kekurangan sumber air di kawasan Kabong dan Roban.

Dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi media sosial rasmi JBALB Sarawak, jabatan itu memaklumkan langkah berkenaan diambil bagi memastikan keperluan bekalan air penduduk di kawasan terjejas terus diberi perhatian.

Menurut kenyataan tersebut, sebanyak 16 buah tong telah dihantar ke hadapan Masjid As-Sabirin, Kabong untuk kegunaan penduduk di kawasan berdekatan.

“Sebanyak 10 penghantaran telah dilaksanakan setakat jam 12 tengah hari ini dan operasi penghantaran bekalan air masih diteruskan mengikut keperluan serta keadaan semasa,” menurut kenyataan itu.

Penghantaran bekalan air turut dilaksanakan ke beberapa lokasi termasuk SMK Kabong, SK Abang Leman Kabong, Klinik Kabong, Kampung Melayu Roban dan Kampung Kaba.

JBALB memaklumkan usaha tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan jabatan bagi memastikan bekalan air dapat disampaikan kepada komuniti yang terjejas, khususnya ketika berdepan keadaan cuaca kering yang berpanjangan.

“JBALB Sarawak akan terus memantau situasi semasa dan melaksanakan penghantaran bekalan air melalui lori tangki dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan penduduk di kawasan terjejas,” katanya.

Segala perkembangan terkini akan dimaklumkan melalui saluran media sosial rasmi JBALB Sarawak dari semasa ke semasa.

Sebarang aduan dan pertanyaan boleh disalurkan kepada JBALB Call Centre di talian 082-262211.

Foto: JBALB Sarawak

Related Posts

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

SANDAKAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Pemerintahan Armada Timur dengan kerjasama Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melaksanakan perpindahan dua kapal, KD Ganas dan KD Serang ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

SEREMBAN – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan