Tiga maut, seorang cedera kenderaan terjunam lima meter

LAHAD DATU – Tiga lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki dipercayai terbabas sendiri di selekoh jalan sebelum terjunam ke gaung sedalam anggaran lima meter di Jalan Hutan Simpan Bagahak, di sini, pada Isnin.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memaklumkan, pihaknya menerima paggilan pukul 7.38 malam sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi sejauh 50 Kilometer.

“Kesemua mangsa yang meninggal dunia disahkan pihak Kementerian Kesihatan sebelum mayat mereka diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Mangsa cedera dihantar ke Hospital untuk rawatan,” menurut kenyataan JBPM Sabah, pada Selasa.

Tambah kenyataan itu, maklumat kesemua mangsa belum diperoleh dan operasi tamat pukul 8.45 malam selepas memastikan tiada lagi sebarang bahaya di lokasi kejadian.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan