Arsenal menang tipis 0-1 atasi Villa hasil gol Saka

JUARA bertahan, Arsenal mencatat kemenangan kedua apabila gol babak kedua Bukayo Saka membantu mereka menewaskan Aston Villa 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.

Saka menjaringkan gol pada minit ke-59 selepas menyambar bola dari jarak dekat, sekali gus memberikan ganjaran kepada Arsenal yang sabar menguasai permainan tanpa benar-benar mendominasi Villa.

Villa, yang skuad juara Liga Europa mereka kehilangan ramai pemain sepanjang musim panas, hampir membuka jaringan pada babak pertama menerusi Emi Buendia selepas rembatannya terkena palang.

Kemenangan itu melonjakkan Arsenal kepada enam mata, berkongsi jumlah sama dengan Manchester City, Hull City dan Chelsea.

Villa pula kekal tanpa mata dan jaringan selepas dua perlawanan, sekali gus meningkatkan tekanan ke atas kelab itu untuk memperkuatkan skuad sebelum jendela perpindahan ditutup hari ini (jam 6 pagi esok waktu Malaysia).

Arsenal mencatat lapan kemenangan 1-0 dalam perjalanan menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris pertama mereka musim lalu dan aksi di Villa Park sekali lagi menunjukkan keupayaan mereka untuk menang secara pragmatik.

Seperti kebanyakan perlawanan musim lalu, Arsenal cukup kukuh di bahagian tengah dan pertahanan, membolehkan mereka menunggu peluang sebelum melancarkan serangan yang membawa hasil.

Tidak lama selepas penalti Saka dibatalkan VAR, penyerang England itu menunjukkan naluri pemusnahnya apabila menyudahkan hantaran lintang rendah Riccardo Calafiori selepas pemain gantian Eberechi Eze membuka ruang menerusi hantaran bijak.

Selepas mendahului 1-0, keputusan itu kelihatan sukar untuk berubah dan walaupun kemenangan diraih dengan jurang tipis, Arsenal tidak banyak berdepan ancaman apabila Villa gagal melakukan sebarang percubaan tepat ke sasaran untuk perlawanan kedua berturut-turut.

Related Posts

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

PENGURUS Chelsea, Xabi Alonso berharap pasukannya mampu mempamerkan aksi ‘membosankan’ selepas kelemahan di benteng pertahanan sekali lagi menghukum The Blues apabila sekadar seri 2-2 dengan Hull City di Stamford Bridge,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan sedia pelan tindakan hadapi jerebu, persediaan Sukan SEA berjalan lancar – Mordi

TAWAU – Kerajaan kini mempunyai pelan tindakan bagi menghadapi kemungkinan sekiranya berlaku kejadian jerebu pada penganjuran Sukan SEA akan datang. Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS), Mordi Anak Bimol berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia