Saravanan sah didakwa di Mahkamah Sesyen esok

KUALA LUMPUR – Datuk Seri M Saravanan mengesahkan beliau akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, esok, berhubung kes yang dikaitkan dengan pengambilan pekerja asing ketika pandemik COVID-19 pada 2022.

Bekas Menteri Sumber Manusia itu berkata, pertuduhan yang bakal dihadapinya dipercayai berpunca daripada dakwaan yang dibuat pihak ketiga sehingga mengaitkan namanya dengan isu berkenaan.

Menurut Timbalan Presiden MIC itu, individu yang didakwa menjadi sumber kepada dakwaan berkenaan telah meninggal dunia dua bulan lalu, selepas membuat Akuan Berkanun (SD) bagi menarik balik dakwaan terhadapnya.

“Saya menegaskan saya tidak pernah berhubung atau mengenali individu itu, sama ada menerusi telefon mahupun perkhidmatan pesanan ringkas.

“Walaupun saksi utama telah meninggal dunia, saya tetap bersedia untuk mempertahankan diri dan menghadapi pertuduhan ini mengikut lunas undang-undang,” katanya dalam hantaran video yang dikongsikan kepada media, hari ini.

Saravanan berkata, beliau bersama pasukan guamannya akan memohon supaya prosiding perbicaraan kes berkenaan dipercepatkan dan tidak ditangguhkan.

Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini mengesahkan seorang bekas menteri akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, esok.

Bekas menteri berkenaan dijangka didakwa mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 yang meliputi kesalahan meminta, menerima, memberi, menjanjikan atau menawarkan suapan secara rasuah.

Semakan sistem mahkamah mendapati Saravanan dijadualkan didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah 9 di hadapan Hakim Azura Alwi pada jam 9 pagi.

Related Posts

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak akan membenarkan negara ini digunakan sebagai laluan transit bagi sebarang penghantaran kargo yang menyokong atau menyumbang kepada operasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia yang berada di Yaman, khususnya di sekitar Mocha dan Taiz, dinasihatkan supaya kekal di lokasi selamat susulan perkembangan terkini di negara berkenaan. Kedutaan Besar Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang