MA63, kerjasama Sabah-Sarawak antara fokus pertemuan Anwar, Abang Johari, Hajiji

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan kepentingan Sabah dan Sarawak.

Ia termasuk persiapan menghadapi Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Pertemuan itu berlangsung ketika ketiga-tiga pemimpin berkenaan bersarapan bersama di Bandar Seri Begawan, Brunei, hari ini, sempena penyertaan mereka dalam Mesyuarat Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 (ALC-27).

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata, Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 yang akan berlangsung di Kota Kinabalu dalam beberapa minggu lagi antara perkara yang diberi perhatian dalam perbincangan itu.

Selain itu, katanya, mereka turut berkongsi pandangan mengenai perkembangan semasa serta membincangkan usaha memperkukuh hubungan dan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Sarawak dan Sabah.

“Pagi tadi (semalam) saya sempat bersarapan dan berbincang bersama Premier Sarawak serta Ketua Menteri Sabah yang turut ikut serta dalam ALC-27.

“Antara yang disentuh termasuk persediaan menjelang Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 yang akan berlangsung di Kota Kinabalu dalam beberapa minggu lagi.

“Kami turut bertukar pandangan terkait beberapa perkembangan mutakhir, selain memberi tumpuan kepada ikhtiar memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Sarawak dan Sabah demi kesejahteraan rakyat serta pembangunan yang lebih adil dan seimbang,” katanya.

Anwar berkata, hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Sabah dan Sarawak akan terus diperkukuh menerusi pendekatan berasaskan rasa saling menghormati dan kepercayaan.

Beliau berkata, kerjasama erat antara ketiga-tiga pihak penting bagi memastikan agenda pembangunan dapat dilaksanakan secara lebih adil dan seimbang demi kepentingan rakyat.

Related Posts

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia yang berada di Yaman, khususnya di sekitar Mocha dan Taiz, dinasihatkan supaya kekal di lokasi selamat susulan perkembangan terkini di negara berkenaan. Kedutaan Besar Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM