ALC ke-27 perkukuh hubungan istimewa Malaysia-Brunei

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Rundingan Pemimpin Tahunan (ALC) ke-27 Malaysia-Brunei sebagai platform penting dalam memperkukuh hubungan dua hala serta kerjasama strategik yang memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Beliau berkata, hubungan istimewa yang terjalin antara Malaysia dan Brunei perlu terus diperkasa bagi memastikan kemakmuran serta kesejahteraan rakyat kedua-dua negara dapat dipelihara.

Menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu, Anwar turut menjunjung kasih kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah atas sambutan mesra dan layanan penuh kekeluargaan yang diberikan kepada beliau, isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta delegasi Malaysia sepanjang berada di Bandar Seri Begawan.

“Patik mewakili Kerajaan Malaysia dan seluruh rakyat mendoakan agar Kebawah Duli Tuanku kekal qarar memerintah Brunei Darussalam dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan,” kata beliau.

Perdana Menteri turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah, kementerian serta agensi yang terlibat, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bandar Seri Begawan dan petugas media atas sumbangan dalam memastikan kelancaran lawatan kerja berkenaan.

Terdahulu, Anwar mengadakan pertemuan empat mata dengan Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman pagi tadi.

Kedua-dua pemimpin kemudian bersama-sama menyaksikan majlis memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan kerjasama dalam pengurusan bencana antara Malaysia dan Brunei.

Anwar tiba di Bandar Seri Begawan semalam bagi lawatan kerja dua hari bersempena penganjuran ALC ke-27.

Related Posts

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KEMAMAN- Bunyi geseran pasir pada dinding sebuah rumah membawa kepada penemuan seekor penyu yang dipercayai daripada spesies penyu agar di Kampung Geliga, dekat sini. Memetik sumber Sinar Harian, kejadian kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

REALITI memimpin Malaysia ketika ini tidak sama dengan gambaran perjuangan Reformasi yang dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan kerajaan hari ini merupakan kerajaan campuran yang memerlukan rundingan dengan pelbagai parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX