Sultan Pahang rasmi masjid baharu bernilai RM8.8 juta di Telok Melano

LUNDU – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli menyempurnakan majlis perasmian Masjid al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Kampung Telok Melano pada Jumaat.

Keberangkatan tiba baginda ke majlis penuh bersejarah itu turut diiringi oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.  

Pembinaan masjid baharu yang menelan kos sekitar RM8.8 juta itu mengambil inspirasi daripada seni bina tradisional Alam Melayu yang disesuaikan dengan keperluan pembinaan moden serta persekitaran setempat.

Institusi ibadah yang menjadi mercu tanda Islam terbaharu di pesisir Telok Melano itu dirancang mampu menampung kapasiti kira-kira 500 orang jemaah pada satu-satu masa.

Lebih bermakna, tapak strategik masjid yang berkeluasan 1,826.60 meter persegi itu merupakan hasil sumbangan ikhlas menerusi wakaf oleh seorang penduduk tempatan iaitu Ali Piee.

Pelbagai kemudahan serba lengkap turut disediakan bagi menjamin keselesaan jemaah merangkumi fasiliti beriku ruang solat utama, serambi, ruang mihrab, bilik imam, bilik azan.

Selain itu, masjid tersebut turut dilengkapi dengan bilik pengurusan jenazah dan bilik serba guna.

Malah, kemudahan tempat wuduk tertutup, ruang wuduk terbuka, tandas serta ruang parkir kenderaan turut disediakan.

Terdahulu, lakaran sejarah pembinaan masjid tersebut bermula apabila majlis pecah tanah disempurnakan sendiri oleh al-Sultan Abdullah pada 13 September 2023 bersempena dengan hari terakhir program jelajah Kembara Kenali Borneo.

Kehadiran rumah ibadah yang serba indah itu secara rasminya menggantikan peranan Masjid Nurul Naim yang telah dibina secara gotong-royong oleh masyarakat kampung sejak tahun 1975.

Tambahan pula, kedudukannya yang sangat strategik berhampiran pantai dan Kilometer Sifar Lebuhraya Pan Borneo menjadikannya sebuah persinggahan ibadah yang amat selesa bagi menyambut para musafir serta pelancong ke Kampung Telok Melano.

Majlis perasmian tersebut turut diserikan dengan khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Mufti Sarawak, Datuk Khalidi Ibrahim, manakala solat Jumaat diimamkan oleh Imam Besar Sarawak, Datuk Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

Turut hadir Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Foto: Facebook YB Karim

Related Posts

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

KOTA KINABALU – Ibu bapa perlu meningkatkan literasi digital bagi memastikan penggunaan teknologi dalam kalangan anak-anak dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran, selain mengurangkan risiko seperti ketagihan peranti, buli siber dan penipuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana