
SEPANYOL memerlukan jaringan pada masa tambahan daripada pemain gantian, Ferran Torres untuk meraih kemenangan 1-0 ke atas juara bertahan, Argentina, sekali gus muncul juara Piala Dunia 2026, awal pagi tadi.
Torres memecah kebuntuan pada awal separuh masa kedua masa tambahan untuk menghadiahkan gelaran Piala Dunia kedua kepada juara Eropah itu.
Argentina terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Enzo Fernandez dilayangkan kad kuning kedua pada masa kecederaan babak kedua.
Argentina buntu di bahagian serangan dan gagal melakukan sebarang percubaan tepat ke arah gawang sepanjang 115 minit permainan.
Lebih manis, pada usia 65 tahun, pengendali Sepanyol, Luis de la Fuente menjadi jurulatih paling berusia memenangi Piala Dunia.
Kapten Argentina yang berusia 39 tahun, Lionel Messi, menjadi pemain kedua yang beraksi dalam tiga final Piala Dunia serta pemain bukan penjaga gol paling berusia tampil dalam perlawanan akhir.








