Fahmi arah agensi kementerian berhemat, manfaatkan IPPTAR untuk latihan

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil mengarahkan semua jabatan dan agensi di bawah kementeriannya mengamalkan perbelanjaan secara berhemat dalam keadaan ekonomi semasa yang mencabar.

Fahmi berkata, banyak program latihan yang sebelum ini diadakan di hotel atau premis swasta boleh dipindahkan ke kemudahan milik kerajaan seperti Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR).

“Kalau sebelum ini latihan dibuat di hotel atau premis lain, sebenarnya Kementerian Komunikasi mempunyai institusi latihan sendiri iaitu IPPTAR.

“Saya telah meminta supaya perkara ini disusuli dan tindakan segera diambil agar program latihan selepas ini dilaksanakan di IPPTAR,” katanya, seperti dipetik berita tempatan.

Beliau berkata demikian selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata konflik yang masih berlarutan di Asia Barat perlu diberi perhatian kerana berpotensi memberi kesan kepada ekonomi Malaysia.

“Kita melihat keadaan di Asia Barat yang disangka semakin reda, namun perkembangan dalam tempoh seminggu kebelakangan ini menunjukkan konflik masih belum berakhir.

“Sudah tentu perang dan konflik berterusan akan memberi kesan kepada ekonomi negara kita,” katanya.

Pada masa sama, Fahmi mengingatkan semua agensi di bawah Kementerian Komunikasi supaya sentiasa peka terhadap isu yang dihadapi masyarakat dan meningkatkan keupayaan dalam menyampaikan maklumat serta menyelesaikan permasalahan rakyat dengan segera.

“Kita perlu membuktikan bahawa Kerajaan Persekutuan bukan sahaja mendengar suara rakyat, tetapi juga responsif dan pantas dalam menangani setiap isu yang timbul,” katanya.

Related Posts

Tahap integriti penjawat awam makin baik

KUALA LUMPUR – Tahap integriti dalam kalangan penjawat awam menunjukkan trend peningkatan yang positif, susulan pelbagai inisiatif dan mekanisme pengukuhan nilai yang diperkenalkan kerajaan bagi memperkasakan perkhidmatan awam. Ketua Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Izzah titip penghargaan dalam ucapan akhir sebagai Timbalan Presiden PKR

AYER KEROH – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menyampaikan amanat akhirnya sebagai pemimpin nombor dua parti itu pada ucapan penggulungan Kongres Nasional PKR 2026 di Pusat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

Tian Chua sedia kembali ke PKR

Tian Chua sedia kembali ke PKR

Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera

Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera

Demi kestabilan politik, PKR tidak akan ‘ceraikan’ UMNO

Demi kestabilan politik, PKR tidak akan ‘ceraikan’ UMNO