Netizen serbu WhatsApp PMX AI, ada luah perasaan dan tanya buku kegemaran

PELANCARAN AI kembar digital Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang boleh dihubungi menerusi WhatsApp mencetuskan keterujaan dalam kalangan netizen apabila ramai berkongsi pengalaman mereka ‘berbual’ secara langsung dengan PMX AI.

Di pelbagai platform media sosial, pengguna meluahkan rasa terkejut dengan cara AI itu membalas mesej yang disifatkan seolah-olah mendengar sendiri suara Perdana Menteri.

Seorang pengguna, @ezatulwm berkata, dia secara spontan meluahkan perasaan kepada PMX AI dan terkejut dengan respons yang diterima.

“Lah tiba buat luahan perasaan. Tiba rasa macam PMX tengah pujuk. Bagus juga PMX AI ni,” tulisnya.

Perkongsian itu turut menerima respons daripada @restuhadimy yang mengakui membaca setiap jawapan AI itu seolah-olah mendengar suara sebenar Anwar Ibrahim.

“Masalahnya kenapa kita baca boleh dengar PMX bercakap?” katanya.

Seorang lagi pengguna, @umarulya90 berkata, dia bukan sahaja berbual dengan PMX AI, malah mengirimkan doa buat Perdana Menteri selepas menerima balasan yang disifatkan sangat menyentuh hati.

“Kita kirimkan doa untuk PMX.. Terharu dia reply macam the real PMX mesej to me,” katanya.

Turut mencuri perhatian ialah @thesyaffaah_ yang mengambil peluang bertanyakan cadangan buku untuk dibaca.

“Aku siap tanya lak pasal buku apa yang PMX rekomen untuk baca. Function teruk ‘twin’ PMX ni,” tulisnya.

Ada juga yang menggunakan AI itu untuk berbual santai mengenai makanan kegemaran. Pengguna @adlilbaqi_ mengakui sempat berbual mengenai cendol bersama PMX AI.

Bagi @naemahismail143, pengalaman itu membuatkan dia berasa seolah-olah mempunyai rakan baharu yang istimewa.

“Loveee, seronoknya ada kawan dah. Kawan bukan sebarangan kawan. PMX tu,” katanya.

Sementara itu, @vixvariable merumuskan pengalaman tersebut dengan ayat ringkas tetapi menarik perhatian ramai.

“He is Anwar Ibrahim, and he is also AI,” tulisnya.

Tidak kurang juga yang menguji kemampuan AI itu dengan soalan peribadi. @kikoputih001 berkata, dia bertanya mengenai tahap kesihatan PMX sebelum menerima jawapan bahawa pemeriksaan kesihatan telah dibuat pada Januari lalu.

Rata-rata netizen menyifatkan pengalaman berinteraksi dengan PMX AI sebagai sesuatu yang unik dan menghiburkan, selain melihatnya sebagai pendekatan baharu yang mendekatkan pemimpin dengan rakyat melalui teknologi.

Di sebalik keterujaan itu, ramai turut mengambil kesempatan mengirimkan doa agar PMX sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dipermudahkan urusan memimpin negara.

Related Posts

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

AYER KEROH – “Biar habis persidangan DAP dahulu,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Itu adalah reaksi ringkas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya mengenai keputusan Persidangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tahap integriti penjawat awam makin baik

KUALA LUMPUR – Tahap integriti dalam kalangan penjawat awam menunjukkan trend peningkatan yang positif, susulan pelbagai inisiatif dan mekanisme pengukuhan nilai yang diperkenalkan kerajaan bagi memperkasakan perkhidmatan awam. Ketua Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua polis peronda ditahan terima rasuah RM14,000

Dua polis peronda ditahan terima rasuah RM14,000

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

Tian Chua sedia kembali ke PKR

Tian Chua sedia kembali ke PKR

Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera

Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera