Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

IPOH – Kerajaan MADANI bersedia meningkatkan kadar bantuan kepada rakyat menerusi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sekiranya kedudukan ekonomi negara terus mengukuh serta kewangan kerajaan mengizinkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan itu sedang diperhalusi sebagai antara keutamaan dalam penyediaan Belanjawan 2027 bagi memastikan lebih ramai rakyat menerima manfaat di tengah-tengah cabaran kos sara hidup.

Menurut beliau, perbincangan awal mengenai perkara itu telah diadakan bersama Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Johan Mahmood Merican pada Sabtu lalu.

“Saya sudah panggil Ketua Setiausaha Perbendaharaan untuk berbincang sama ada kita boleh tambah lagi bantuan. Jika ekonomi mengizinkan, saya sedang fikirkan bagaimana mahu menambah peruntukan ini dalam belanjawan akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program MADANI Kita di Dewan Komuniti Taman Perpaduan di sini pada Ahad.

Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dan Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Datuk Rosli Yaakub.

Anwar berkata, kerajaan memahami tekanan yang dihadapi rakyat susulan peningkatan kos sara hidup yang dipengaruhi pelbagai faktor luar, termasuk kenaikan harga barangan import yang sukar dikawal sepenuhnya.

Beliau berkata, setiap kali turun padang bertemu masyarakat, kerajaan mendengar sendiri keluhan ibu bapa yang bergelut dengan perbelanjaan harian serta warga emas yang memerlukan bantuan bagi meneruskan kehidupan.

“Suara rakyat inilah yang menjadi pedoman dalam setiap keputusan kerajaan. Amanah memimpin bukan sekadar membina prasarana, tetapi memastikan setiap keluarga dapat menikmati kehidupan yang lebih baik,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan kerajaan akan terus memperkukuh jaringan perlindungan sosial menerusi STR, SARA dan Program Jualan Rahmah bagi membantu mengurangkan beban rakyat.

Menurutnya, Program Jualan Rahmah juga akan diperluaskan ke seluruh negara dengan penambahan lokasi, termasuk di kawasan Tambun dan negeri Perak, supaya rakyat dapat membeli barangan keperluan pada harga lebih rendah.

“Walaupun ada yang menganggap bantuan ini kecil, bagi keluarga yang sedang berdepan tekanan kos sara hidup, nilainya amat besar,” katanya.

Anwar turut memberi jaminan bahawa usaha meningkatkan taraf hidup rakyat akan terus menjadi fokus utama kerajaan menjelang pembentangan Belanjawan 2027.

“Selagi kemampuan kewangan negara mengizinkan, kerajaan akan terus menambah baik bantuan kepada rakyat, memperkukuh jaringan perlindungan sosial dan memastikan kemakmuran negara benar-benar dapat dirasai oleh seluruh rakyat,” katanya.

Pada majlis sama, Perdana Menteri turut mengumumkan kelulusan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi memelihara kebajikan anggota RELA.

Related Posts

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam

KUALA LUMPUR – Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) bukan sekadar memenuhi keperluan pelaporan kepada Parlimen, malah menjadi instrumen penting untuk mendorong tindakan pembetulan serta penambahbaikan dalam pengurusan sektor awam. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

AYER KEROH – “Biar habis persidangan DAP dahulu,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Itu adalah reaksi ringkas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya mengenai keputusan Persidangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam

Dua polis peronda ditahan terima rasuah RM14,000

Dua polis peronda ditahan terima rasuah RM14,000

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

Tian Chua sedia kembali ke PKR

Tian Chua sedia kembali ke PKR