Trend guna akaun palsu sebar isu 3R semakin membimbangkan

KUALA LUMPUR – Penggunaan akaun palsu untuk menyebarkan kandungan berbaur kaum, agama dan institusi diraja (3R) di media sosial dikesan semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, terdapat pihak tidak bertanggungjawab turut menggunakan identiti termasuk imej dan nama raja-raja serta kerabat diraja bagi menghasilkan hantaran jelik sebelum akaun berkenaan ditutup.

Beliau menegaskan, trend sedemikian adalah tindakan yang membimbangkan dan pihaknya sedang meneliti respons platform media sosial terhadap isu berkenaan.

“Jadi kita nampak banyak akaun palsu telah dihasilkan, dicipta untuk terutamanya menghasilkan kandungan 3R. Setelah dihasilkan kandungan dan mereka sebarkan, akaun-akaun itu ditutup.

“Jadi ada elemen jenayah di situ, elemen yang baling batu sembunyi tangan dan kita akan teliti respons daripada platform media sosial,” katanya kepada media selepas merasmikan Program Belia Kreatif Komuniti MADANI sempena sempena Penutupan Hari Belia
Negara 2026 (HBN2026) peringkat Wilayah Persekutuan, pada Ahad.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ketika ini masih memadai dan isu utama lebih tertumpu kepada platform media sosial.

Katanya, dua kod khusus juga sudah diterbitkan pada 22 Mei lalu bagi menjamin keselamatan kanak-kanak dalam talian selain menetapkan beberapa langkah yang perlu dipatuhi platform media sosial.

“Ada yang telah dihantar Notis Tuntutan daripada pihak MCMC seperti TikTok, ada juga yang telah memberi kerjasama seperti Meta.

“Tetapi kita lihat beberapa platform ini perlu menyatakan langkah yang akan mereka ambil untuk mengurangkan insiden yang bersifat 3R,” katanya.

Mengulas sama ada berlaku peningkatan kes setiap tahun, Fahmi berkata trend itu sememangnya meningkat sejak kebelakangan ini termasuk membabitkan akaun palsu yang menyamar menggunakan identiti institusi diraja.

“Saya rasa sejak kebelakangan ini ada peningkatan, tapi kita bukan hanya melihat kepada kandungan, kita lihat masalah dengan akaun palsu yang cuba menggunakan imej, nama raja-raja dan kerabat diraja.

“Jadi di situ kita lihat platform-platform juga perlu memainkan peranan untuk mengekang daripada akaun palsu seperti itu daripada berleluasa,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Fahmi turut menyentuh trend pengguna media sosial memuat naik rakaman video jenayah termasuk pergaduhan dan samun sehingga boleh menjejaskan siasatan polis.

Katanya, siasatan kes jenayah berada di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM), namun MCMC serta Kementerian Komunikasi bersedia meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai etika penggunaan media sosial.

“Kadangkala dalam sebaran video papan pemuka kenderaan, ada elemen yang mungkin menyinggung keluarga mangsa yang perlu kita sensitif.

“Sekiranya ada elemen siasatan, kita tidak mahu sehingga siasatan itu terganggu. Kalau ada elemen aib kepada keluarga mangsa, maka saya pohon terutama bila keluarga mangsa minta mereka dihormati, maka saya harap kita boleh juga berikan kerjasama,” katanya.

Terdahulu, di dalam program yang dirasmikan, kerajaan turut melancarkan Dana Pemangkin Generasi MADANI yang memberi fokus kepada pembangunan kandungan berteraskan aspirasi belia dan Malaysia MADANI membabitkan penerbitan telefilem, dokumentari, filem pendek serta dokumentari pendek. Permohonan dana itu dibuka mulai 1 hingga 30 Jun depan.

Selain itu, Surat Setuju Terima (SST) Program Reel MADANI@Kampus turut diserahkan kepada 15 institusi pengajian tinggi awam dan swasta bagi menggalakkan pelajar menghasilkan kandungan video pendek kreatif dan berkualiti berteraskan nilai Malaysia MADANI untuk Festival Filem Pendek dan Video (FFPV) anjuran FINAS.

Related Posts

Malaysia tetap pertahan prinsip negara walau ada hubungan baik bersama kuasa besar

MUAR – Hubungan baik dengan kuasa besar dunia seperti China dan Amerika Syarikat tidak pernah menghakis pendirian Malaysia dalam mempertahankan prinsip nasional berkaitan isu di peringkat antarabangsa. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia sambut baik persefahaman AS-Iran demi keamanan Asia Barat

KUALA LUMPUR – Malaysia menyambut baik perkembangan positif hubungan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran susulan persefahaman yang dicapai kedua-dua negara ke arah menamatkan permusuhan di Asia Barat. Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemelut PN: Wujud tekanan agar Bersatu keluar gabungan – Pemerhati politik

Kemelut PN: Wujud tekanan agar Bersatu keluar gabungan – Pemerhati politik

PRN Johor: Abdul Karim tegaskan kehadiran Tiong King Sing tiada kaitan dengan GPS

PRN Johor: Abdul Karim tegaskan kehadiran Tiong King Sing tiada kaitan dengan GPS

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak