Handala godam laman web Stryker

WASHINGTON – Serangan siber ke atas syarikat peralatan perubatan Amerika Syarikat (AS) – Stryker – dilapor dilakukan oleh kumpulan penggodam Handala yang dikaitkan dengan Iran, susulan serangan ketenteraan AS dan Israel ke atas Iran sejak kira-kira tiga minggu lalu.

Handala mendakwa serangan itu adalah tindak balas terhadap serangan peluru berpandu mengorbankan lebih 170 mangsa di sebuah sekolah di Minab, Iran.

Menurut kumpulan itu, lebih 200,000 sistem, peranti dan pelayan Stryker dipadam, selain 50 terabait data kritikal berjaya diekstrak.

Stryker mengesahkan mereka mengalami gangguan rangkaian global, namun menyatakan tiada bukti penggunaan perisian tebusan atau perisian hasad dalam serangan tersebut.

Syarikat itu menegaskan insiden kini terkawal dan pasukan teknikal sedang berusaha memulihkan sistem secepat mungkin.

Gangguan itu mengakibatkan pekerja di pelbagai negara tidak dapat mengakses peranti kerja mereka, dengan sebahagian sistem memaparkan logo Handala pada skrin log masuk.

Serangan ini dianggap antara serangan paling signifikan yang dikaitkan dengan konflik Iran–AS setakat ini.

Related Posts

Tiga pegawai media Malaysia berdepan detik cemas penerbangan London-Istanbul

ISTANBUL (Turkiye) – Penerbangan dari London ke Istanbul bertukar menjadi pengalaman mencemaskan apabila seorang penumpang bertindak agresif sehingga terpaksa dikawal dan diikat selepas mengganggu penumpang lain, bergelut dengan seorang lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

NEW YORK – Kuasa lima negara pemegang veto Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) digesa dimansuhkan, susulan kegagalan badan itu menangani beberapa krisis antarabangsa. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM