Miha komited tuntaskan isu tanah Kg Sungai Rotan

KINABATANGAN – Isu berkaitan pemilikan dan status tanah yang dihadapi penduduk Kg Sungai Rotan akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Tanah (LC Meeting) bagi membolehkan penilaian menyeluruh serta tindakan susulan diambil oleh pihak berwajib.

Calon Barisan Nasional DUN Lamag, Mohd Ismail Ayob (Miha) berkata, sekiranya diberi mandat, beliau akan berkhidmat dan komited untuk membantu penyelesaian isu tanah yang berlarutan sejak sekian lama.

“Dulu kita Bebas isu ini turut dibawa. Hari ini pun sama kerana ini masalah asas di Lamag.

“Kita bertanding atas tiket Barisan Nasional, parti kerajaan. Menang sahaja kita masuk dalam LC Meeting, kita selesaikan masalah tanah Kg Sungai Rotan,” katanya semasa berucap pada program ‘Salama’Ki, mari’ sipammase-mase ri calon’ di Kg Sungai Rotan, pada Isnin.

Dalam pada itu, Miha turut memberi jaminan dalam tempoh lima tahun sekiranya menang PRK dan menjadi wakil rakyat, isu tanah ini akan diselesaikan secara tuntas.

Miha turut menegaskan agar pengundi Kg Sungai Rotan tidak salah memilih sebaliknya memilih wakil rakyat kerajaan yang mampu memperjuangkan hak pemilikan tanah terbabit.

“Tugas ini bukan mudah tapi amanah berat dan sebagai ‘Yang Berhormat’ kita mahu jadi ‘Yang Berkhidmat’ kerana dimana sahaja kita (pemimpin) akan ditanya apa yang dibuat untuk rakyat walaupun sudah meninggal dunia,” katanya.

Related Posts

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PUTRAJAYA – Langkah UMNO supaya Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) disegerakan perlu dipersoalkan sama ada benar-benar berlandaskan kehendak rakyat atau mempunyai motif tertentu. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera