8 nelayan Sungai Song terima bantuan peralatan, pacu ekonomi

KAPIT – Seramai lapan nelayan sungai di daerah Song menerima suntikan semangat baharu apabila menerima bantuan peralatan perikanan darat menerusi Program Community@SCORE RECODA 2025.

Inisiatif anjuran Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA) itu bertujuan memperkasakan sumber pendapatan komuniti pedalaman, selain meningkatkan taraf hidup mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, Lidam Assan berkata, bantuan tersebut merangkumi keperluan operasi harian seperti perahu gentian kaca (fiber), enjin sangkut, peti sejuk beku dan pukat.

“Penyediaan kemudahan yang sesuai dengan keperluan semasa adalah langkah penting bagi memastikan komuniti nelayan pedalaman dapat meningkatkan produktiviti, sekali gus menjamin kelangsungan ekonomi keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan majlis penyerahan bantuan tersebut di Terminal Penumpang Song, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Lidam menyifatkan pendekatan pembangunan melalui agensi wilayah membuktikan komitmen kerajaan Sarawak memastikan nikmat kemajuan dirasai secara seimbang di kawasan luar bandar.

Sementara itu, wakil penerima, Sauh Anggop menzahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri dan URDA atas sumbangan yang disifatkan sangat bermakna untuk memperbaiki taraf kehidupan mereka.

Turut hadir, Pegawai Daerah Song, Harry Bruce Edwin serta wakil pengurusan URDA.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

  • Related Posts

    Program Satelit PMR KEMAS perkukuh perpaduan komuniti di Samalaju

    BINTULU – Penganjuran Program Satelit Program MADANI Rakyat (PMR) KEMAS Tahun 2026 Siri 3 dengan kerjasama komuniti setempat menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan silaturahim serta memupuk semangat perpaduan dalam…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Lelaki maut ditikam dalam pergaduhan, suspek diburu

    SERI ISKANDAR – Seorang lelaki tempatan maut dipercayai akibat ditikam dalam satu kejadian pergaduhan di Kilometer 12, Jalan Trans Perak, awal pagi Rabu. Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Program Satelit PMR KEMAS perkukuh perpaduan komuniti di Samalaju

    Program Satelit PMR KEMAS perkukuh perpaduan komuniti di Samalaju

    Lelaki maut ditikam dalam pergaduhan, suspek diburu

    Lelaki maut ditikam dalam pergaduhan, suspek diburu

    Perpaduan ummah atau perceraian politik?

    Perpaduan ummah atau perceraian politik?

    UNHCR digesa percepat penempatan semula Rohingya ke negara ketiga

    UNHCR digesa percepat penempatan semula Rohingya ke negara ketiga

    Ajaran Yudha Al Fikri sesat dan menyeleweng- Mufti Kedah.

    Ajaran Yudha Al Fikri sesat dan menyeleweng- Mufti Kedah.

    DOSM: Harga bahan binaan terus naik, besi dan pasir catat kenaikan pada Mei

    DOSM: Harga bahan binaan terus naik, besi dan pasir catat kenaikan pada Mei