Anggota maritim mengaku tidak bersalah terima rasuah RM4,300

JOHOR BAHRU – Seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 10 pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM4,300 antara tahun 2022 dan 2023.

Tertuduh, Muhamad Azizi Kamali, 40, yang berpangkat Laskar Kanan Maritim T4, bagaimanapun mengaku tidak bersalah setelah semua pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan itu dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Mengikut pertuduhan, Muhamad Azizi yang bertugas di Langkawi, didakwa meminta dan menerima suapan antara RM200 hingga RM700 dari Syarikat LGH Maju Trading melalui pindaan akaun orang tengah sebagai dorongan supaya pihak Maritim Malaysia Langkawi tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap kesalahan dilakukan oleh bot milik sebuah syarikat, lapor Bernama.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah bank di Masai, pada 3 Februari 2022.

Oleh itu, tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum dengan kanun sama (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh boleh sampai dua tahun atau denda atau dengan kedua-duanya.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Rais Adha Ramli, manakala tertuduh diwakili peguam Nur Shuhadah Mahzan.

Pihak pendakwa kemudiannya mencadangkan jaminan sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin warga negara Malaysia.

Bagaimanapun, peguam Nur Shuhadah Mahzan memohon agar jumlah itu diringankan dengan mengambil kira keadaan keluarga tertuduh di mana isterinya tidak bekerja serta ketiga-tiga anaknya yang berusia antara tujuh hingga 11 tahun yang masih bersekolah, selain keadaan ibu bapanya yang uzur.

Pembelaan turut memaklumkan bahawa salah seorang ahli keluarga dijangka menjalani biopsi, selain isterinya yang menghidap talasemia dan memerlukan rawatan.

Selain itu, peguam turut menyatakan pendapatan tertuduh sebagai anggota maritim sekitar RM3,700 sebulan, serta mempunyai alamat tetap di Kampung Bukit Lembu, Langkawi sebagai faktor yang menunjukkan tertuduh tidak berisiko melarikan diri.

Selepas meneliti hujah kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin warga negara Malaysia selain turut membenarkan permohonan pihak pendakwa untuk diberikan tempoh sebulan bagi serahan dokumen.

Mahkamah menetapkan 22 Disember ini sebagai tarikh sebutan kes dan serahan dokumen.

Related Posts

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun ditahan selepas dipercayai memiliki dadah jenis syabu dalam Op Tapis Khas di sekitar Kabong pada Isnin. Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintenden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

KUCHING – Kerajaan Selangor dan Sarawak sepakat menjalin kerjasama strategik bagi membangunkan sektor ekonomi kreatif, keusahawanan, dan pembangunan belia melangkaui perbezaan ideologi politik.   Persetujuan itu dicapai susulan kunjungan hormat Exco…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak

Baucar Kita Selangor kembali 23 Jun, perluas manfaat kepada lebih ramai penerima

Baucar Kita Selangor kembali 23 Jun, perluas manfaat kepada lebih ramai penerima

Peneroka FELDA rugi lebih RM6,000 lembu dibaham harimau

Peneroka FELDA rugi lebih RM6,000 lembu dibaham harimau