Zambry, Johari dilantik semula SU, Bendahari BN

MESYUARAT Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN), semalam, bersetuju melantik semula Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sebagai Setiausaha Agung gabungan parti itu.

Selain itu, mesyuarat bersetuju melantik semula Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai Bendahari Agung BN.

Zambry dalam satu kenyataan malam tadi memaklumkan, pelantikan semula beliau dan Johari itu berdasarkan Fasal 8.3(D) serta 8.3(E) Perlembagaan BN.

“Mesyuarat ini diadakan dengan penuh iltizam untuk memperkukuhkan parti sebagai wadah politik inklusif, dan mempertaruhkan tekad untuk kekal bersatu bawah payung BN,” katanya.

Untuk rekod, Zambry memegang jawatan Setiausaha Agung BN sejak Jun 2021, manakala Johari dilantik sebagai Bendahari Agung pada April 2023.

Dalam pada itu, Zambry berkata, mesyuarat sama turut mengesahkan kesiapsiagaan penuh BN untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah yang dijangka diadakan dalam masa terdekat.

“Kestabilan politik Sabah adalah kunci memperkukuhkan keselamatan, kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Negeri Di Bawah Bayu,” katanya.

Related Posts

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

KUALA LUMPUR – Kerusi Parlimen Petaling Jaya kini secara rasmi kosong selepas penyandangnya, Lee Chean Chung, meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Rakyat berkuat kuasa Jumaat lalu. Timbalan Yang di-Pertua Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO ulangi kesilapan lalu, Zahid mungkin tanggung padah

UMNO didakwa mengulangi kesilapan strategi politik lalu apabila terlalu awal menggunakan kemenangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai momentum untuk mendesak Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Bagaimanapun, Presiden parti itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

Subsidi kerajaan susut 40.1 peratus pada 2025, bantuan kebajikan meningkat 380.8 peratus

Subsidi kerajaan susut 40.1 peratus pada 2025, bantuan kebajikan meningkat 380.8 peratus

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

Ahli Parlimen Bandar Kuching gesa reformasi perkhidmatan kesihatan Sabah, Sarawak 

Ahli Parlimen Bandar Kuching gesa reformasi perkhidmatan kesihatan Sabah, Sarawak 

Tiada PRK Petaling Jaya susulan kekosongan kerusi Parlimen – SPR

Tiada PRK Petaling Jaya susulan kekosongan kerusi Parlimen – SPR

Kompaun parkir tertunggak boleh dipertimbang untuk bayaran ansuran

Kompaun parkir tertunggak boleh dipertimbang untuk bayaran ansuran