227 warga Indonesia dihantar balik negara asal

TAWAU – Seramai 227 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia dipindahkan dari Pelabuhan Tawau ke negara asal, pada Selasa.

Semua PATI yang ditahan di Depot Imigresen Kota Kinabalu dan Papar itu dipindahkan menggunakan pengangkutan laut ke Nunukan, Indonesia.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yusof berkata, pemindahan itu membabitkan tahanan berumur 2 bulan hingga 82 tahun.

“Ini adalah program pemindahan siri ke-19 usir menerusi laut bagi tempoh 2024 yang melibatkan 107 lelaki, 71 wanita, 44 kanak-kanak 12 tahun ke bawah dan lima orang kanak-kanak 23 bulan ke bawah.

“Kesemua PATI melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut Sh Sitti Saleha, operasi pemindahan ini merupakan sebahagian daripada operasi berterusan yang dilakukan oleh JIM Sabah bagi tahanan warga asing yang ditempatkan di semua Depot Imigresen di seluruh Negeri ini.

“Kekerapan program pemindahan warganegara Indonesia yang dilaksanakan oleh JIM Sabah juga adalah tertakluk dengan kerjasama daripada pihak Konsulat Jenderal Republik Indonesia Kota Kinabalu (KJRI) dalam mempercepatkan proses dokumentasi bagi tahanan seterusnya mengeluarkan dokumen perjalanan (SPLP – Sijil Perjalanan Laksana Pasport) untuk tahanan warga Indonesia bagi membolehkan tahanan terlibat dipindahkan ke negara asal,” jelasnya.

Related Posts

Malam Serumpun Miri Kita, satukan masyarakat pelbagai kaum

MIRI – Semangat perpaduan dan kebersamaan terus disemarakkan menerusi penganjuran Rumah Terbuka Malam Serumpun Miri Kita di FORUM Cultural Centre, Jalan Padang Kerbau pada Ahad. Program tersebut dianjurkan khusus bagi meraikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Istiadat Pemasyhuran Tunku Datuk Seri Nadzaruddin di Melaka tak sah, tidak boleh diiktiraf

SEREMBAN –  Istiadat Pemasyhuran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 yang berlangsung di sebuah hotel di Alor Gajah, Melaka pada Jumaat lalu tidak sah serta tidak diiktiraf dari sudut Perlembagaan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malam Serumpun Miri Kita, satukan masyarakat pelbagai kaum

Malam Serumpun Miri Kita, satukan masyarakat pelbagai kaum

UMNO tutup buku MN, agenda itu telah berakhir

UMNO tutup buku MN, agenda itu telah berakhir

Istiadat Pemasyhuran Tunku Datuk Seri Nadzaruddin di Melaka tak sah, tidak boleh diiktiraf

Istiadat Pemasyhuran Tunku Datuk Seri Nadzaruddin di Melaka tak sah, tidak boleh diiktiraf

Ketika ada pemimpin enggan duduk semeja, Hannah buktikan kerjasama kekuatan Kerajaan MADANI

Ketika ada pemimpin enggan duduk semeja, Hannah buktikan kerjasama kekuatan Kerajaan MADANI

Petisyen ‘usir’ pemegang IMM13 ke negara asal perlu dikaji – Mustapha

Petisyen ‘usir’ pemegang IMM13 ke negara asal perlu dikaji – Mustapha

Flat tular didakwa penempatan Rohingya pernah diserbu tahun lalu, 45 warga asing ditahan

Flat tular didakwa penempatan Rohingya pernah diserbu tahun lalu, 45 warga asing ditahan