Berikan gaji setimpal ikut kelulusan akademik, pengalaman, kata Steven Sim

KEMENTERIAN Sumber Manusia menegaskan gaji minimum yang dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan bukan ketetapan gaji permulaan untuk pengambilan pekerja baharu dalam semua perjawatan.

Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata, majikan tidak dihalang untuk menetapkan gaji minimum mengikut kelayakan akademik, pengalaman dan kemahiran pekerja.

Beliau bagaimanapun mengakui terdapat majikan yang salah faham dengan menetapkan gaji minimum yang diumumkan kerajaan itu untuk pengambilan semua pekerja baharu termasuk lepasan siswazah.

Jelasnya, gaji minimum tersebut adalah gaji kepada pekerjaan dengan kelayakan akademik dan kemahiran rendah dan melakukan pekerjaan paling asas.

“Saya nak tekankan bahawa gaji minimum ini bukan gaji permulaan, jadi kita sarankan supaya berikan gaji minimum yang setimpal kepada pekerja mengikut kemahiran dan kelulusan akademik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Pusat Rehabilitasi Perkeso Wilayah Timur di Merang di Setiu, pada Isnin, memetik Utusan.

Pembinaan Pusat Rehabilitasi Perkeso Wilayah Timur itu menelan belanja RM571.8 juta dan dijangka siap pada 2027.

Pusat rehabilitasi tersebut boleh memuatkan 315 katil dan menampung 400 hingga 500 pesakit setiap hari.

Steven Sim memberitahu, kementeriannya tidak lama lagi akan menerbitkan garis panduan gaji permulaan bagi semua sektor pekerjaan berdasarkan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).

Katanya, garis panduan ini kelak adalah rujukan kepada pekerja dan majikan dalam menentukan kadar gaji permulaan yang sesuai bagi sesuatu pekerjaan mengikut kelayakan akademik dan pengalaman.

“Garis panduan gaji baharu itu bertujuan mereformasi pasaran buruh dengan matlamat meningkatkan pendapatan pekerja,” ujarnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika pembentangan Belanjawan 2025, mengumumkan kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan, berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan turut memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan gaji minimum RM1,700 bagi majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja selama enam bulan, bermula pada 1 Ogos 2025.

Related Posts

12 inisiatif baharu sempena Hari Guru, perkasa kebajikan dan digitalisasi pendidikan

IPOH – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan 12 inisiatif baharu melibatkan peruntukan ratusan juta ringgit sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-55 Tahun 2026 bagi memperkasa profesionalisme, digitalisasi dan kebajikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak bercanggah dasar pendidikan negara jika lepasan UEC masuk IPTA

PUTRAJAYA – Langkah kerajaan membenarkan lepasan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) dan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) disifatkan tidak bercanggah dengan tunjang dasar pendidikan negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kalau rasa nak ubah PM, tunggu pilihan raya – Mohamad Sabu

Kalau rasa nak ubah PM, tunggu pilihan raya – Mohamad Sabu

United tewaskan Forest, Carrick hampir pasti kekal sebagai pengurus pasukan

United tewaskan Forest, Carrick hampir pasti kekal sebagai pengurus pasukan

Kampung Angkat MADANI RM1 juta Kampung Haji Wahed siap sepenuhnya

Kampung Angkat MADANI RM1 juta Kampung Haji Wahed siap sepenuhnya

Sambutan Gawai ke-20 meriah, semangat perpaduan terus diperkukuh

Sambutan Gawai ke-20 meriah, semangat perpaduan terus diperkukuh

Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI