Syed Hussien ucap terima kasih buat pengundi Mahkota

KLUANG – “Assalammualaikum, Salam Maju Johor, Vanakkam, Da Jia Hao dan terima kasih, terima kasih terima kasih. Itu sahaja yang saya mampu cakap,” sapa Syed Hussien Syed Abdullah pengundi-pengundinya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Beliau secara rasminya bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota yang baharu sejurus pengumuman dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi PRK Mahkota, Wan Azurawati Wahid di pusat penjumlahan undi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini, hari ini.

Syed Hussien berkata, keputusan kemenangannya pada malam ini adalah suatu perkara di luar jangkaannya.

Katanya, beliau juga akan membawa konsep kekeluargaan sebagai teras pimpinannya bersama masyarakat di kawasan ini.

“Alhamdulillah satu kemenangan yang saya tak jangka sebanyak ini kerana saya hanyalah budak baru dan saya hanya menjalankan kempen secara berhemah.

“Kerana kita mengekalkan konsep kekeluargaan tanpa mengira bangsa dan agama. Dan terima kasih kepada semua, kita akan bekerja sebagai sebuah keluarga.

“Saya juga percaya kita dapat majukan Kluang seperti mana Maju Johor 2030,” katanya ketika ditemui pemberita.

Setelah proses penjumlahan undi melibatkan 121 saluran di 20 pusat pengundian selesai, Syed Hussien yang menangi di semua pusat pengundian mendapat 27,995 undi, sekali gus menang dengan majoriti 20,648 undi.

Calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar pula jauh ketinggalan apabila hanya mendapat 7,347 undi.

Peratusan pengundian lebih 53.84 peratus daripada jumlah keseluruhan 66,318 pengundi di  DUN Mahkota.

Untuk rekod, Sharifah Azizah Syed Zain dari BN memenangi kerusi itu pada PRN Mac 2022, menewaskan calon Pakatan Harapan, PN dan Warisan dengan majoriti 5,166 undi.

PRK hari ini adalah yang ke-10 sejak PRU 2022. PRK sebelum ini adalah Kuala Terengganu dan Kemaman (Terengganu); Simpang Jeram dan Pulai (Johor); Pelangai (Pahang); Jepak (Sarawak); Kuala Kubu Baharu (Selangor); Sungai Bakap (Pulau Pinang); dan Nenggiri (Kelantan).

Related Posts

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (AMANAH) menyokong penuh hasrat kerajaan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 15 Ogos…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemansuhan AUKU realisasi perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa

PEMANSUHAN Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) disifatkan sebagai realisasi perjuangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sejak beliau menjadi aktivis mahasiswa. Penganalisis politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

  • By Fatin
  • August 17, 2026
Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur

Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur