2 maut tertimbus dalam insiden tanah runtuh di Kg Mook, Papar

PAPAR – Dua mangsa dilaporkan maut selepas tiga buah rumah dihempap tanah runtuh dalam kejadian di Kampung (Kg) Mook di sini, pagi Isnin.

Ketua Balai Bomba dan penyelamat (BBP) Papar, Rozlan Osman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.02 pagi melalui talian MERS999 sebelum menghantar pasukan ke lokasi.

“Setibanya pasukan di lokasi, didapati berlaku tanah runtuh yang menghempap tiga buah rumah.

“Terdapat dua orang mangsa tertimbus dilaporkan telah dijumpai oleh pasukan bomba dan berjaya dikeluarkan.

“Mangsa disahkan meninggal oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media.

Jelasnya, maklumat mangsa masih belum diperolehi.

Kata beliau, operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada pukul 2.25 petang, namun pemantauan berterusan akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan penduduk di kawasan terjejas.

Related Posts

Saarani tinjau mangsa banjir di Muallim

TANJUNG MALIM – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad turun padang meninjau keadaan mangsa banjir di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Muallim pada Isnin. Beliau berkata, lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TYT Sabah, isteri zahir takziah kepada keluarga mangsa korban banjir, tanah runtuh

KOTA KINABALU – Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa korban banjir dan tanah runtuh yang berlaku di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saarani tinjau mangsa banjir di Muallim

Saarani tinjau mangsa banjir di Muallim

Menjawab kritikan Zaid Ibrahim, Malaysia konsisten perjuang hak rakyat Palestin

Menjawab kritikan Zaid Ibrahim, Malaysia konsisten perjuang hak rakyat Palestin

TYT Sabah, isteri zahir takziah kepada keluarga mangsa korban banjir, tanah runtuh

TYT Sabah, isteri zahir takziah kepada keluarga mangsa korban banjir, tanah runtuh

Hajiji ingatkan wakil rakyat, JPBD pantau rapat situasi banjir dan tanah runtuh

Hajiji ingatkan wakil rakyat, JPBD pantau rapat situasi banjir dan tanah runtuh

Banjir, tanah runtuh di Sabah: 1,707 penduduk terjejas, 16 PPS dibuka

Banjir, tanah runtuh di Sabah: 1,707 penduduk terjejas, 16 PPS dibuka

Usaha pulih tiang menara di Sarapung diteruskan walaupun hujan lebat

Usaha pulih tiang menara di Sarapung diteruskan walaupun hujan lebat